Diari 3K

Salam & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, diriku masih diberi nikmat bernafas, nikmat Iman dan nikmat Islam.

Setelah sekian lama tidak mengendalikan program sekolah, akhirnya saya bersama Geng Zero Alasan dapat turun ke SMK Tg Kudin untuk kali ke-dua untuk Program Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2012. [3K] Tetapi, apakah kelainanya program kali ini berbanding program-program yang biasa dikendalikan oleh kami?

Bagi diri saya, program ini memberikan satu dimensi baru untuk diri saya dan Geng Zero Alasan secara khusus. Jika kebiasaannya, adik-adik peserta yangg dikendalikan terdiri daripada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaaan atau pelajar-pelajar harapan sekolah, tetapi kali ini fokus peserta lebih tertumpu kepada Pengerusi, Setiausaha, AJK dan pimpinan setiap persatuan, kelab dan badan beruniform. Sebanyak 31 persatuan menghantar wakil dan mereka semua berjumlah 120 orang.

Seramai 10 orang fasi dijemput khas bagi membantu Geng Zero Alasan. Dari UIA- Kak Salwa, Kak Izyan & Kak Izzah. Dari KUIS- Abg Looq, Abg Bad, Abg Helmi & Abg Muaz dan Dari UITM (Senior-senior SMK TK)- Abg Pali, Abg Taufiq & Abg Wanzul. Modul-modul sedia ada diubah dan dirancang selari dengan objektif sekolah dalam menjadikan adik-adik ini pemimpin organisasi masing-masing.

Antara Slot yang ada "Am I A Leader?" dan juga "Pemimpin Zero Alasan". SWOT Analisis juga diajar kepada adik-adik untuk mengenalpasti kelebihan dan kekurangan persatuan masing-masing. Banyak juga LDK yang diadakan dengan setiap LDK diberikan rasionalnya setiap selesai aktiviti dijalankan.

Kursus kali ini juga memberikan saya pengalaman baru terutamanya di dalam mengendalikan Slot Kuliah Moral. Alhamdulillah, walaupun ada satu ketika sepatutnya Kuliah yang akan diberikan olehku digabungkan untuk Non-Muslim dan Muslim, tetapi sesungguhnya Allah s.w.t adalah sebaik-baik perancang. Saya berpeluang bersama adik-adik non-Muslim seramai 12 orang dan mengenali lebih rapat dengan mereka. Junaidi, Aryandi, Logesh, Siva, Chang, Jalia, Nurul, Rasidah, Jurana, Dhiyiana , Nini & Nora. Mereka terdiri daripada Orang Asli, Cina dan India. Sempat juga saya mempelajari bahasa mereka serba sedikit.

Dan yang saya perasan, adik-adik orang Asli atau nama lain "Anak-anak Wawasan" , sangat suka bila kita mempelajari bahasa mereka. Yang saya ingat " Ber" maksudnya Baik. ^_^ Dan sangat-sangat suka menari.

Sepanjang program ini, 2 Slot Moral yang saya telah berikan dan kongsikan. Tujuan Hidupku dan Erti Sabar.

Dalam Slot Tujuan Hidupku, saya berkongsi dalam sebuah kehidupan kita perlu ada tujuan. Peneranganku sangat ringkas selari dengan bahasa dan kefahaman mereka. 4 Tujuan hidup yang perlu dicapai ditekankan kepada adik-adik, iaitu untuk diri sendiri, untuk keluarga, untuk masyarakat dan untuk agama/tuhan.

Saya kecilkan skop perbincangan kepada keluarga dan diri. Saya tayangkan video seorang ayah yang bisu dengan anaknya. Adik-adik begitu bersemangat menonton sehingga duduk di lantai menghadap Kak Salwa yang memegang laptop. Saya jelaskan peranan kita sebagai anak selagi mana kedua ibu bapa kita masih ada. Saya kongsikan kisah seorang wanita yang ditangkap seluruh ahli keluarganya yang terdiri daripada ayah, suami dan abang dan wanita berkenaan diminta untuk memilih seorang untuk diselamatkan daripada dibunuh oleh pemerintah zalim.

Alhamdulillah, bila saya bertanya lagi, "Apakah harapan dan tujuan hidup adik-adik?"

Aryandi berkata "Saya ingin menjadi seorang arkitek yang mengharumkan kedua ibu bapa saya dan masyarakat Asli khususnya"

Chang pula berkata " Saya ingin menjadi Pakar Forensik di Malaysia"

Saya tegaskan kepada adik-adik, bahawa, minoriti tidak bermakna lemah. Cuba bayangkan diri adik-adik seperti seekor nyamuk di dalam bilik gelap. Seekor nyamuk mampu membuatkan kita tidak tidur lena apatah lagi diri kita.

Banyak juga perkara yang berlaku pada hari akhir program. Yang benar-benar membuatkan saya terharu dan tersentuh adalah, adik-adik Orang Asli ini telah memberikan satu nota kepada saya. Tidak silap saya, Rasidah yang memberikannya kepada saya.

"Akak, cuba akak tengok betul-betul. Ini kamus untuk akak"

Terima kasih Dik. Akak sangat hargai. ^_^

Nurul pula datang kepada saya dan dengan tiba-tiba berkata "Akak, saya nak jadi macam akak. Akak doakan." Saya pun bertanya dengan nada bergurau, "Kenapa nak jadi macam akak?" "Saya nak jadi peguam macam akak" Jawab Nurul dengan tegas.

Subhanallah. Allahu Akbar.

"Moga impianmu tercapai. Akak doakan Nurul dapat jadi Peguam Orang Asli yang berjaya." Itu yang saya dapat ungkapkan kepada dia ketika itu.

Sesungguhnya pengalaman Program Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2012 atau 3K merupakan satu pengalaman baru bagi diriku dang Geng Zero Alasan. Cikgu Man bila ditanya feedback dari beliau sendiri, beliau berpuas hati dan program mencapai expectation pihak sekolah. Alhamdulillah. Terdapat juga beberapa pelajar yang sememangnya pasif di sekolah, bertukar menjadi lebih aktif sepanjang program dijalankan. Alhamdulillah.

Program ini juga membuka minda saya bahawa ramai lagi memerlukan kita di sana terutamanya di luar bandar. Dan kita juga perlu tingkatkan kemahiran kita terutamanya dalam mengendalikan Slot Moral, mana tahu mungkin ini salah satu cabang dakwah untuk non-muslim.

Akhir kata, terima kasih kepada pihak sekolah yang memberikan kepercayaan kepada Geng Zero Alasan terutamanya Cikgu Man, GPK Cikgu Rasimi dan GPK Cikgu Khuzaimah. Tidak lupa juga buat rakan-rakan Geng Zero Alasan, Kak Sal, Kak Izzah, Kak Izyan, Abg Bad, Abg Helmi, Abg Muaz, Abg Looq, Abg Taufiq, Abg Pali & Abg Wanzul. Jzkk Jaza'. Moga Allah membalasi jasa kalian.

Buat Adik-Adik Akak,

Semoga program 3 hari ini hanya satu proses untuk menjadikan adik-adik pemimpin yang lebih baik selepas ini. Moga diriku, kakak-kakak dan abang-abang dapat menjadi sumber insiprasi kepada adik-adik SMK Tg Kudin Raub Pahang.


"Tenek Hok Engkek"
Akak Sayang Korang

"Tenek Riang Engkek"
Akak Rindu Korang

Sekian, Wassalam. Terima Kasih.





P/S: Gambar-gambar lain ada di Page Facebook: Geng Zero Alasan

"Best Quotes" Konvensyen Bidadari Dunia 2012 - Hari Pertama


Alhamdulillah, Allah telah berikan diriku peluang untuk hadir ke Konvensyen ini. Dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru dan tidak lupa juga mendengar pengisisan daripada tokoh-tokoh wanita di Malaysia. Alhamdulillah.

Di sini, saya kongsikan 'quotes' daripada panel-panel untuk Hari Pertama yang telah disampaikan dalam pengisian mereka untuk perkongsian bersama.

========

Slot: Bidadari Impian oleh Pn Fatimah Syarha


"Belajarlah daripada Asiah bte Muhazim:
1) Seorang yang tidak dapat mengawal keadaan sekeliling tetapi dapat mengawal responnya kepada keadaan sekeliling.
2) Kuat hubungannya dengan Allah
3) Tidak terpengaruh dengan suami "

"Belajarlah daripada Mayam Bte Imran:
1) Cinta kepada Allah
2) Cinta kepada Rasul
3) Semangat cintakan Ilmu
4) Kuat beribadat
5) Sangat menjaga kehormatan dirinya"

"Belajarlah melalui Fatimah Az-Zahra: 1) Seorang anak yang taat dan isteri solehah 2) Terlibat dalam politik kemasyarakatan 3) Bijak mengurus cinta sebelum dan selepas berkahwin"

"Jadilah seperti Saidatina Khadijah r.a yang matang dalam membat pilihan hidup dengan memilih lelaki dengan cara paling terhormat-meraikan psikologi seorang lelaki"

" Menjadi 'High Class" di sisi suami beerti : Memahami dirinya, banyak tersenyum kepadanya dan berleter kepada suami dengan niat membantu suami untuk menyelesaikan masalahnya"

"Jangan merendahkan wanita yang berkepimpjnan kerana wanita juga boleh menjadi pemimpin sebuah organisasi tetapi kepimpinan lelaki di dalam keluarga tidak boleh diambil ganti"

" Jangan bandingkan diri kita dengan tokoh-tokoh tetapi bandingkan apa yang mereka lakukan"

" Letakkan Allah sebagai No 1. Figure out how to be close to Allah".


Slot: Cahaya Kemanisan Iman oleh Hjh Zawiyah Bt Hasan

" Benda di dalam diri dinilai apabila ia dizahirkan"


Slot: Wanita & Kerjaya oleh Dr Nikki Syuhada Shukor

" Happiness is not about taking but giving"

" Carilah pekerjaan yang kita suka dan jika orang bayar berapa kita pun tidak kisah. Bila kita suka kerja kita, kita akan all-out dan bila kita all-out Insya-ALlah, kita akan mendapat rezeki yang lebih daripada Allah"

"Bila buat kerja, buatlah yang terbaik. Jika gaji anda RM1000 buatlah seperti gaji anda RM2000."

" Bila bekerja, simpanlah beberapa bahagian daripada gaji kita untuk kegunaan masa akan datang"

"We don't work for money but because we want to work"


Slot: 15 Tips Wanita Penyejuk Jiwa oleh Ustazah Siti Bahyah

1. Nur Keimanan Terpancar di Wajah

2. Akhlak Terpuji

3. Ilmu Pengetahuan untuk menjadi wanita bijaksana

4. Isteri Idaman Suami

5.Senyuman Manis Buat SUami Tercinta

6. Berhias dan Berdandan Untuk Suami Tersayang

7. Meluang masa untuk Merawat Diri

8. Hati yang dipenuhi Sifat-SIfat Mahmudah

9.Penampilan Mengikut Syariat

10. Segera meminta maaf sekiranya bersalah dan bersedia untuk memaafkan.

11. Bersabar menempuh dugaan hidup

12. Sentiasa menderma dan berinfaq ke jalan kebajikan

13. Bersifat penyayang kepada anak0anak dan mendidik mereka menjadi anak yang soleh solehah.

14. Mempunyai perasaan takut kepada Allah.

15. Mendapat keredhaan ibu bapa.


Slot : Charismatic Women oleh Datin Zaleha Omar

" Karisma memang sudah ada di dalam individu tetapi Karisma juga boleh dicari dan dibina"

" Untuk mengetahui kita berkarisma atau tidak, :-

1- Bila kita bercakap, mereka mendengar kepada kita
2- Bila kita bercakap, orang sedar apa yang kita katakan
3- Orang meminta pandangan dan respon kita
4- Bila kita meminta bantuan atau bercakap sesuatu, mereka memberi respon kepada kita"

" If you think you are too small to have an impact, try going to bed with a mosquito in the room"


Slot: Forum Fesyen, Yes or No?

Catriona NurHayati

" Kalau kita rasa tidak mampu untuk membaca tafsir, pergilah usrah sebab usrah adalah satu support system. Pergilah usrah untuk membersihkan hati kita"

Puan Suriyati

" Kita kena ada jati diri. Jangan rendahkan diri. Jadikan inspirasi bila tengok orang lain lagi hebat"

Datin Zaleha Omar

" If we feel complete, we dont have to show off"

Posted in | 0 comments

160312

" Bebas, Bebas!! " " Bebas, Bebas!! "

" Bebas Syria!!! " " Bebas Syria!!! "

Begitulah laungan sepanjang Perhimpunan Aman Syria yang berlangsung dari Tabung Haji ke Pejabat Kedutaan Syria di Jalan U-Thant.

Alhamdulillah, diri diberi kesempatan dan peluang untuk bersama-sama Akhwat UIA dan Akhwat-Akhwat dari seluruh Lembah Klang untuk menyertai Perhimpunan Aman ini. Walaupun kumpulan kami datang lambat (15 minit) "Peserta Masbuk", kami berjaya juga bersatu dengan kumpulan yang sudah mula bergerak ke Pejabat Kedutaan Syria.


Perjalanan yang dianggarkan kira-kira 2 kilometer tidak terasa jauhnya. Laluan dikawal oleh AJK Keselamatan dan Marshall bertugas. Rakyat Syria dan Arab turut sama menyertai Perhimpunan ini.


Saya sendiri berjalan dengan pantas bersama Afiqah untuk masuk ke celahan kumpulan yang sedang berarak dari tengah. Semangat. Semangat. Semangat. Lihat sahaja ada keluarga yang datang dengan ibu ayah. Ada yang datang dengan bayi yang masih kecil. Semua turut sama menyertai Perhimpunan ini. Semuanya kerana satu perkara. Hentikan kekejaman di Syria.


Sesampai di Pejabat Kedutaan, 4 orang wakil daripada Badan-Badan terlibat antaranya IKRAM, ABIM menyerahkan memorendum terhadap Pegawai di Kedutaan. Selepas itu, semua peserta perhimpunan diarah bersurai secara aman. Alhamdulillah. Dalam perjalanan pulang berjumpa pula dengan Baba yang turut sama dalam Perhimpunan ini.


Satu pengalaman yang berharga yang sukar dicari ganti. Membentuk diri dan memperbaiki diri menjadi hamba yang lebih peduli. Jika kita penat berjalan sejauh 2 kilometer, apakah saudara-saudara kita tidak penat mempertahankan tanah air Syria di sana daripada terus diselumbungi kezaliman? Kaki kita melecet berjalan, sakit lagi kecederaan yang dialami penduduk Syria di sana.

Ayuh kita ambil peduli!!




Posted in Labels: , | 0 comments

Syria: Sila Ambil Peduli!!


Aku rindukan tanah Syam itu,
Tanah suci penuh misteri,
dipenuhi barakah dan kisah nabi.

Tapi siapa sangka,
di sebalik ketenangan itu,
ada suatu yang tersembunyi,
Kekejaman Basyar Assad yang amat tidak berbudi pekerti.

Selepas tercetusnya resolusi,
Tunia, Mesir , Libya, kini Syria pula mengikuti,
Rakyatnya tidak tahan lagi,
Kekejaman ala-ala diktator perlu dihenti.

Membunuh sesama agama kerana berbeza fahaman,
Satu perkara yang tidak boleh dimaafkan.
Mengapa mesti sampai begitu?
Adakah dia ingin setanding Yahudi?
Mencabut nyawa rakyat Palestin sesuka hati !!
Membunuh, merogol, menyiksa dan apa lagi !!?

Ayuh, kita rakyat Malaysia,
Sila ambil peduli!!!
Tidak kita, siapa lagi ??

Posted in | 3 comments

[Laporan] Iftar Jamaie Batch G4 Al-Amin Bangi

Alhamdulillah, majlis berbuka puasa berjemaah telah diadakan di Rumah Salaam di Serdang. Seramai 15 orang telah hadir ke majlis ini. (Termasuk isteri Salaam, Jannah dan isteri Syed Bahri, Amalina)

Mualimah Sofea dan Pakcik Shafrudin turut hadir di majlis ini.

Selepas Solat Maghrib, acara makan-makan dijalankan sambil bertukar cerita di kalangan ahli-ahli yang hadir.

Tuan Pengerusi Majlis AO telah mengendalikan majlis dengan menjemput Tuan Rumah Salaam untuk memberi ucapan beserta tazkirah ringkas. Tazkirah berkisar kepada kemanisan ukhuwah dan sistem pendidikan awal yang diterima di Al-Amin membentuk diri kita sekarang.

Seterusnya, semua ahli dikehendaki menceritakan perkembangan terkini setelah 2 tahun tidak berjumpa dari perjumpaan yang lepas.

Majlis bersurai dalam pukul 9.45 malam.

Diharapkan kehadiran ahli bertambah lagi di masa akan datang dengan lebih banyak lokasi-lokasi baru ditawarkan oleh ahli-ahli.


Sekian, saya melaporkan.

Raihan Mustafa Kamal

=================

Gambar 15 tahun dahulu...



Gambar terkini 2011..
[Sama ke dengan 15 tahun yang lalu? hehehe ^_^]


Dari kiri: Mus'ab, Qayyim, Abdullah Abbas, Sufee, Amir, Syed Bahri, AO dan Salaam

Puan Asma', Puan Ummul Khairiyah, Cik Puan Farhana, Puan Amalina dan Saya ^_^

Posted in | 0 comments

Murtad: Antara Hak atau Kejahilan?

Artikel ini ditulis rentetan artikel yang ditulis oleh dua rakan baik saya, Sheikh Muslem dan Cik Puan Maryam Khalid. Artikel mereka boleh dibaca di sini. Muslem Maryam


Pendahuluan

Terbaru, kita digemparkan dengan berita mengenai pihak berkuasa yang menyerbu sebuah gereja kerana dikatakan pada ketika itu aktiviti memurtadkan sekumpulan orang Melayu sedang diadakan. Sama ada benar atau tidak kebenarannya, itu bukan persoalannya. Biarlah laporan lengkap dikeluarkan terlebih dahulu. Siapalah kita untuk menganalisis sesuatu perkara tanpa mendengar kebenaran daripada pihak-pihak berkaitan.

Namun begitu, isu yang penting di sini adalah mengenai MURTAD. Ya, mengenai MURTAD. Jikalah benar keadaan ini, adakah masyarakat kita sudah jahil agamanya?


Isu Pertama: Murtad, Di Mana Silapnya?

Islam telah menetapkan dan menyenaraikan jenayah murtad sebagai salah satu jenayah hudud dalam Islam. Hukumannya adalah bunuh. (Walaupun ada perselisihan pendapat ulama’ mengenai hukum murtad bagi seorang lelaki atau perempuan, para ulama’ telah bersepakat bahawa hukuman bagi murtad adalah bunuh- Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuh - 6:186)

Walau bagaimanapun, sebelum hukuman bunuh dijatuhkan, individu berkenaaan perlulah diberi sesi kaunseling untuk menyedarkan individu berkenaan sehingga beliau bertaubat. Jika tidak berjaya, barulah hukuman bunuh boleh dijatuhkan.

Persoalannya kini, kenapa isu murtad semakin menjadi-jadi? Adakah kita sudah tidak tahu, ia merupakan satu dosa besar? Na’uzubillah min zalik. Adakah masyarakat Islam kini hanya bercop “Islam” tapi bukan Islam di dalam hati? Islam hanya pada nama sahaja?

Contoh terdekat yang dapat kita lihat dalam bulan Ramadhan ini sendiri. Saya yakin dan percaya ada di kalangan kita yang tidak tahu kenapa kita perlu berpuasa dan faham bahawa puasa bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga. Ini baru contoh mudah. Kalau jenayah murtad pula?

Sedih rasanya apabila kita melihat mereka yang sebegini. Bukankah Islam itu indah? Bagi setiap apa yang ditetapkan oleh Allah s.wt sudah pasti ada sebabnya. Dalam setiap hukum-hukum sudah pasti ada sebabnya, asbabul nuzul (sebab-sebab ayat diturunkan) dan rationalnya.

Semoga kita dijauhkan daripada menjadi sebahagian daripada golongan ini. Ameen.


Isu Kedua: Murtad adalah lambang hak kebebasan beragama di Malaysia?

Di Malaysia, Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang paling tinggi di Negara. Di dalam Perlembangan ini, telah disenaraikan hak-hak seseorang individu di dalam Negara Malaysia.

Fasal 11 Perlembagaan Persekutuan merupakan Fasal yang menyatakan secara jelas mengenai kebebasan beragama bagi seorang individu di Malaysia. Mana-mana pihak tidak boleh menghalang individu-individu lain dalam melaksanakan tanggungjawab mereka kepada agama masing-masing.

Namun begitu, ini tidak bermakna jika anda seorang Islam dan anda sudah tidak mempercayai Islam, anda boleh mengubah agama anda dengan menggunakan Fasal 11 ini. Saya amat tidak bersetuju dengan pernyataan Dato’ Zaid mengenai isu ini.

Menurut beliau:

Zaid however pointed out that the true essence of Article 11 forbade proselytizing to Muslims but acknowledged a Muslim’s right to religious freedom.

“Kita believes that this freedom belongs to everyone – Muslims and non-Muslims – and is a fundamental right of every human being,” he said in a statement today.

“We believe it is cruel for anyone to be forced to accept a religious belief or faith that he or she in all good conscience has renounced or refuses to believe in.”

Jika kita teliti dengan betul-betul, Fasal 11 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh digunapakai oleh individu Islam untuk menukar agamanya. Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan agama Islam adalah agama Persekutuan. Agama Islam diangkat di dalam Negara ini. Dan dalam erti kata lain, disebabkan agama Islam adalah agama persekutuan, anda tidak boleh menukar agama jika anda seorang Islam kerana undang-undang mengangkat agama Islam itu sendiri.

Seperkara lagi, kebebasan agama bagi semua individu dalam Fasal 11 ini bermakna kebebasan seseorang untuk beribadat tetapi bukan kebebasan menukar agama bagi orang Islam kerana sememangnya itu HARAM di sisi agama.


Isu ketiga: Peguam Muslim Mewakili Orang Murtad

Semasa saya di dalam kelas bagi subjek Professional Practice di UIA, Mr Baha pernah berpesan. Jika sesuatu kes atau tugas itu bertentangan dengan agama islam, kita sepatutnya menolak.

Ayat mudah yang diberikan olehnya:-

“It’s against my personal belief. Therefore, I cannot assist in this case or matter”.

Walaubagaimanapun, pada pandangan saya, kita perlu melihat kepada situasi sesuatu kes yang ada. Case-to-case basis. Ini kerana kita tidak boleh menghukum dan menganggap semua kes murtad adalah sama. Sebagai contoh (berdasarkan kes yang pernah saya temui semasa praktikal di Firma Guaman ZRTA), ada seorang individu orang peribumi yang mahu menukar status agama ISLAM di Kad Pengenalannya sedangkan dia tidak pernah menganut dan mengamalkan agama ISLAM. Jadi, tidak salah membantu individu berkenaan.

Berbeza pula, kalau individu tersebut belajar di Universiti Azhar dan sudah mendapat didikan agama dari kecil. Jika kita membantu individu ini, dikhuatiri kita akan bersubahat sama.

Pokok pangkalnya, kita perlu lihat apa tujuan sebenar kita dalam mengendalikan kes murtad ini. Adakah kerana anakguam kita mampu membayar kita atau adakah dengan menukar agamanya akan memberikan keadilan kepada individu berkenaaan.


Isu keempat: Menjadi Peguam Hak Asasi adalah Fardu Kifayah

Jika dibandingkan jumlah peguam bukan Islam yang lantang bersuara mengenai hak-hak asasi manusia, kita masih jauh ketinggalan. Sesungguhnya, kita perlu lebih ramai Peguam Muslim yang petah berkata-kata dan memperjuangkan hak-hak ini jugadan yang penting faham mengenai hak-hak ini. Bukan istilah “Kalau boleh” tetapi “Mesti Boleh”.

Saya masih pegang kata-kata bos saya di ZRTA sewaktu saya berpraktikal, Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar:

“ Menjadi lawyer adalah Fardu Kifayah”

Saya yakin dan percaya ini juga boleh diguna pakai dalam melahirkan lebih ramai peguam-peguam muslim yang memperjuangkan mengenai hak-hak ini. Tanggungjawab ini adalah tanggungjawab semua. Tidak kiralah anda merupakan pelajar undang-undang mahupun pengamal undang-undang. Tidak kiralah anda pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang LLB atau Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Shariah LLBS. Selagi mana anda seorang Islam dan mempercayai "Tiada Tuhan Selain Allah dan NAbi Muhammad s.s.aw itu Pesuruh Allah", semua ada tanggungjawab ini.


Penutup

Kesimpulannya, murtad bukan lambang hak asasi manusia terutamanya bagi Negara yang mengangkat Islam sebagai agama rasminya. Murtad adalah lambang kejahilan.

Akhir kata, semua yang baik datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu melalui kelemahan saya sendiri. Hakikatnya kedua-duanya datang dari Allah s.w.t..

Saya menulis artikel ini berdasarkan apa yang saya telah pelajari dan apa yang saya fahami selama 4 tahun saya belajar undang-undang di Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM.

=====

Rujukan tambahan:

1) Hukuman Bagi Orang Yang Murtad

Posted in | 1 comments

Muhasabah Ramadhan



Rasanya masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Ramadhan 1432H. Ketika artikel ini ditulis, hampir genaplah seminggu umat Islam di Malaysia berpuasa dalam bulan Ramadhan. Pejam celik –pejam celik , terasa laju masa itu berjalan.

Di kesempatan ini, mari kita muhasabah diri kita untuk seminggu kita berpuasa. Adakah puasa kita hanya menahan diri dari lapar dan dahaga semata? Adakah amalan-amalan kita di bulan yang mulia ini bertambah atau sama atau semakin berkurang daripada bulan-bulan biasa?

Ramadhan Bulan Ketaqwaan

Sesungguhnya Ramadhan ini telah dijadikan Allah s.w.t sebagai satu bulan yang menggalakkan seluruh umat Islam untuk memperbaiki diri mereka untuk menjadi Muslim yang lebih baik. Bulan Ramadhan ini jugalah di mana Allah s.w.t memberikan ganjaran pahala amalannya berlipat ganda berbanding bulan-bulan lain.

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Baqarah Ayat 183,

Maksudnya:

“Hai orang yang berimana, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”.

Maksud taqwa adalah mengerjakan perintah Allah s.w.t dan meninggalkan laranganNya. Dalam bulan inilah, Allah s.w.t memberikan kita peluang iaitu peluang bagi kita mengejar ketaqwaan Allah s.w.t.

Dalam sebulan ini, umat Islam seolah-olah berada dalam sebuah institusi latihan membentuk diri yang bertaqwa. Setelah tamat latihan tersebut, masing-masing sepatutnya saling membantu untuk mengekalkan ketaqwaan itu pada baki 11 bulan yang berikutnya.

Ramadhan Bulan penebus Dosa

Ibadah puasa juga sebagai penebus kepada segala dosa yang telah dilakukan sebelum ini. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :

Maksudnya:

“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah s.w.t, dosanya yang lalu telah diampuni (oleh Allah s.w.t)"

– Hadith Riwayat Al-Bukhari.

Betapa kasihnya Allah s.w.t terhadap hamba-hamba-Nya. Allah s.w.t memberikan kita peluang menebus segala dosa kita melalui bulan Ramadhan. Kita sewajarnya menghargai peluang ini dengan kita benar-benar memerhati kesempurnaan ibadah puasa kita agar ia dapat menghapuskan dosa-dosa terdahulu.

Kesimpulan

Ayuh kita muhasabah kembali prestasi kita berpuasa selama 7 hari ini. Kita masih ada 23 hari lagi bagi meneruskan perjuangan kita dalam Ramadhan ini. Betapa kasihnya Allah terhadap kita dengan memberikan bulan Ramadhan ini bagi memperbaiki diri dan merebut pahala yang ada. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk menghabiskan Ramadhan ini. Selamat Berjuang dan Selamat Berpuasa.

Posted in | 1 comments